Make your own free website on Tripod.com
Home | Pengenalan | Perumahan | Makanan | Penjagaan | Pembiakan | Galeri | Pautan
buttonquailmalaysia

Pengenalan

Imbasan...

button1.jpg

Apakah Button Quail ?

Button Quail adalah panggilan kepada sejenis puyuh yang dianggap terkecil di dunia oleh orang-orang Amerika Syarikat.  Dalam bahasa Melayu, button quail bermaksud 'puyuh butang' merujuk kepada saiznya yang kecil walaupun ia tidaklah sekecil butang pakaian. Terdapat pelbagai nama panggilan puyuh ini bergantung kepada lokasi masyarakat dunia, ada yang mengenalinya sebagai Chinese Painted Quail, Chinese atau Asian Blue Breasted Quail atau juga sebagai King Quail. Secara saintifiknya, burung ini tergolong dalam keluarga puyuh Coturnix dikenali sebagai Coturnix chinesis. Ia disebut berasal dari negara China dan berkembang biak kepada beberapa variasi dari segi warna.  Pada masa sekarang, button quail telah tersebar ke seluruh dunia termasuk Malaysia sebagai binatang kesayangan.

buttonquailmf.jpg

Rupa bentuk

Dengan ketinggian 4 1/2 inci, button quail telah memegang rekod sebagai puyuh terkecil di dunia.  Button quail jantan ( foto atas kiri ) mempunyai tubuh yang lebih kecil dan panjang berbanding yang betina.  Puyuh jantan dan betina dapat dibezakan dengan jelas dari segi rupanya dan paling mudah dengan melihat tanda gelangan putih di bawah leher puyuh jantan diikuti dengan bulu merah gelap di dadanya.  Warna puyuh betina ( foto atas kanan ) lebih kepada keperangan tanpa tanda lain yang menyerlah, kombinasi warna mereka adalah penting bagi membentuk penyamaran yang berkesan ketika di dataran bertanah dan berbatu.

hosted by Ahmad Nizam Bin Yaacob