Make your own free website on Tripod.com
Home | Pengenalan | Perumahan | Makanan | Penjagaan | Pembiakan | Galeri | Pautan
buttonquailmalaysia

Makanan

mealworm.jpg

sambau.jpg

tomato.jpg

broccoli.jpg

 
Ulat kumbang atau dalam English nya mealworm - saya panggil ulat roti.  Setakat ni ia menjadi kegemaran button quail saya.  Pantang jumpa terus terkam, siap berebut-rebut lagi tu.  Mujurlah kat sini murah, RM 1 dapat lebih kurang 200 ekor ( tak pernah kira pun, agak-agak jer.. ) Ulat ni kaya dengan protein, so kalau yang betina nak bertelur tu atau tengah bertelur elok sangat lah beri makan ulat ni.  Banyak terdapat di kedai-kedai akuarium.
 
.

Sambau - sejenis bijirin dari rumput sambau, banyak dijual di kedai akuarium, pets atau kedai burung.  Makanan ni tak menjadi pilihan button quail yang saya bela.  Jarang-jarang nampak mereka makan, tetapi kalau takder ulat roti, mereka akan makan juga sambau nih, cuma macam hendak tak hendak je la.  Kalau dilihat dalam website negara luar, sambau menjadi makanan kegemaran puyuh mereka, mungkin puyuh saya yang memilih kot sebab selalu dimanjakan.. tak pe la, nanti saya cuba tukar diet mereka nih..
 
 
.

Tomato - bagi saya tomato adalah makanan yang baik untuk button quail, namun begitu saya tak pernah cuba lagi.  Nanti saya akan cuba, harap mereka suka, sebab ia mempunyai kandungan air yang tinggi dan yang paling penting ia segar.  Makanan segar banyak vitamin yang menghalang jangkitan penyakit dan menggalakkan lawas najisnya.
 
 
 
 
 
 
.

Brokoli - adalah sejenis sayur yang disarankan oleh sebuah website US untuk button quail, tp sayur ni mahal lah.. saya sendiri pun jarang beli :) .. tp boleh jugak kalau nak cuba. Puyuh akan mencarik-carikkan brokoli kepada cebisan kecil terlebih dahulu sebelum memakannya.

hosted by Ahmad Nizam Bin Yaacob