Make your own free website on Tripod.com
Home | Pengenalan | Perumahan | Makanan | Penjagaan | Pembiakan | Galeri | Pautan
buttonquailmalaysia

Welcome graphic

     Setiap orang mempunyai hobi masing-masing, bagi saya hobi adalah sesuatu yang indah dalam kehidupan.  Hobi ditakrifkan sebagai suatu minat yang hadir dalam diri seseorang tanpa paksaan menyebabkan seseorang itu melakukan aktiviti tersebut tanpa sebarang tekanan.  Sebaliknya mereka akan merasa lebih bersemangat dalam meneruskan hidup mereka demi melihat hobi mereka berkembang.  Di dunia ini, pelbagai jenis hobi telah dikenalpasti, daripada yang biasa kita dengar sehinggalah kepada yang tidak pernah terfikir dek akal kita sebagai manusia. Memancing, menyanyi, melukis, mendaki dan banyak lagi hobi telah menjadi kekuatan manusia sejak berzaman.
 
     Sehubungan dengan itu, saya juga ingin menceritakan hobi saya sendiri, (  sebenarnya hanya salah satu dari hobi saya :) ... ) iaitu memelihara button quail - burung puyuh terkecil di dunia.

     Dalam laman ini, saya akan membincangkan sedikit sebanyak berkenaan hobi saya ini bermula dari sejarah button quail sehinggalah kaedah membesarkan dan membiakkannya.  Saya akan menulis berdasarkan pengalaman dan kajian saya dari semasa ke semasa berkenaan button quail ini memandangkan ia adalah haiwan yang sangat comel dan menarik... Anda bolehlah memberi buah fikiran dan komen jika berminat.  Jadi, bersamalah kita menjadikan button quail sebagai haiwan kesayangan kita.

button1.jpg

Sepasang Button Quail ( kiri : button quail jantan, kanan: button quail betina )

Anda pelawat yang ke :

hosted by Ahmad Nizam Bin Yaacob