HALAMAN UTAMA | APA ITU INCUBATOR ? | TENTANG KAMI | SENARAI HARGA INCUBATOR | MANUAL FORCED-AIR INCUBATOR (BARU) | AUTOMATIC FORCED-AIR INCUBATOR (BARU) | JAMINAN ( WARRANTY ) | ALAT GANTI | TEMPAHAN ONLINE | GALERI | DIGITAL THERMOSTAT | PANDUAN PENGGUNA | PROFIL SAYA

Anizam Agro Farm Enterprise - Pembuat Incubator Sejak 1996

TENTANG KAMI
 
Sekilas Mengenai Anizam Agro Farm Enterprise

Nama Syarikat    : Anizam Agro Farm Enterprise
Fokus Produk     : Pertanian dan Penternakan
Produk Keluaran : Incubator / Mesin Penetasan & alat gantinya

     Anizam Agro Farm Enterprise telah memulakan operasinya secara sambilan di Kedah pada awal 1997 di mana penjualan produk Incubator pada masa itu adalah sangat meluas kepada kalangan peminat dan penternak ayam Serama di Kedah dan Perlis.  Daripada itu kami telah berkembang dalam merekabentuk INCUBATOR yang lebih baik dari segi rekabentuk dan juga bahan yang digunakan agar tahan lebih lama dan lebih lasak. 

    

     Apabila pengasas syarikat telah berpindah ke Miri, Sarawak pada awal 2006, produk tersebut seterusnya diiklankan secara online di laman-laman web iklan online tempatan sehinggalah kami bersetuju untuk membina blog ini untuk memudahkan pelanggan melihat sendiri produk kami dengan lebih jelas lagi.  Dan kini, setelah bertapak di Bandar Baru Bangi, Selangor, perniagaan terus berkembang.

 

     Produk INCUBATOR kami pada hari ini telah dinaiktaraf dengan penggunaan bahan plastik yang mana amat sesuai diuruskan secara penghantaran pos ke seluruh Malaysia.  Untuk model plastik ini, syarikat telah berjaya menjual hampir 500 unit sejak November 2007 sehingga Disember 2012.

 

     Kami juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelanggan kami yang banyak memberikan sokongan selama kami menjalankan urusniaga ini.

 

    Sekian, terima kasih, majulah penternakan dan pertanian untuk kesejahteraan bersama !!

.

1.jpg

3.jpg

kent_chicks.jpg

2.jpg

ayamgolek.jpg