HALAMAN UTAMA | APA ITU INCUBATOR ? | TENTANG KAMI | SENARAI HARGA INCUBATOR | MANUAL FORCED-AIR INCUBATOR (BARU) | AUTOMATIC FORCED-AIR INCUBATOR (BARU) | JAMINAN ( WARRANTY ) | ALAT GANTI | TEMPAHAN ONLINE | GALERI | DIGITAL THERMOSTAT | PANDUAN PENGGUNA | PROFIL SAYA

Anizam Agro Farm Enterprise - Pembuat Incubator Sejak 1996

Digital Termostat

    Termostat adalah ibarat jantung kepada sesebuah incubator, tanpanya sebuah incubator yang cantik dan besar sekalipun tidak dapat berfungsi dengan sempurna.  Oleh itu, model dan jenis termostat perlulah dipilih dengan teliti untuk dipasang pada incubator anda.
 
    Seperti apa yang kita sedia maklum, termostat digital adalah antara yang terbaik untuk digunakan pada mesin penetas telur / incubator.  Di sini saya tampilkan keterangan berkenaan digital termostat yang digunapakai oleh saya untuk menghasilkan incubator.
 
    Di bawah adalah gambar-gambar termostat tersebut dan sedikit ciri-ciri hebat termostat ini berbanding dari jenis manual / analog.

Spesifikasi DigitalThermostat

wh7016e.jpg

wh7016c.jpg

wh70163.jpg

wh7016e2.jpg

Julat kawalan suhu              : -9.9 oC - 99.9 oC
Ketepatan kawalan suhu      : 0.1 oC
Voltan operasi                     : 220VAC
Arus maksima                     : 200MA 
Suhu kendalian                   : 0 oC - 50 oC

 
Julat kawalan suhu operasi termostat jenis ini adalah serendah -9.9 oC manakala suhu paling tinggi yang boleh dikendalikan atau dikesan olehnya adalah 99.9 oC membuatkan ianya sesuai untuk pelbagai kegunaan terutamanya dalam mengawal suhu incubator.  Ketepatan kawalan suhu sehingga 0.1 oC membuatkan digital thermostat jenis ini dapat memaksimumkan kebolehan sesebuah incubator menjalankan tugasnya dengan berkesan.  Suhu kendalian adalah sekitar 0 oC - 50 oC iaitu ia dapat berfungsi dengan berkesan dalam keadaan terdedah kepada julat suhu tersebut, suhu dalam incubator hanya akan mencapai paling tinggi 40 oC jadi tiada masalah dalam kendalian dan ketepatannya. 
 
Memandangkan larasan pada digital thermostat dibuat menggunakan kaedah butang, jadi masalah seperti larasan tidak tepat atau terpusing secara tidak sengaja tidak akan berlaku.  Larasan yang dibuat pada digital thermostat akan kekal sehinggalah thermostat rosak atau disetkan semula oleh pengguna.  Ini dapat menyelamatkan telur-telur di dalam incubator. 
 
Selain itu, digital thermostat adalah thermostat berdigit yang mana akan sentiasa mempamerkan suhu semasa dalam incubator tanpa perlu memasang digital thermometer tambahan seperti yang berlaku pada termostat jenis manual / analog.  Ini akan dapat menjimatkan bilangan komponen di mana bilangan komponan yang banyak akan menghadapi risiko kerosakan dan penyelenggaraan yang tinggi.  Ia juga menggunakan tenaga elektrik tanpa perlu menggantikan bateri seperti digital thermometer sebelum ini.
 
 


 
     
     
     
     
     
     
     


Enter supporting content here