Home | Pengenalan | Perumahan | Makanan | Penjagaan | Pembiakan | Galeri | Pautan
buttonquailmalaysia

Perumahan

Berikut adalah sedikit sebanyak tentang perumahan button quail yang saya hasilkan.

umahbutton.jpg

     Terdapat banyak kaedah untuk meyediakan perumahan bagi puyuh jenis ini, ada yang dibuat daripada dawai BRC, kotak kayu dan akuarium ikan.  Saya lebih sukakan akuarium sebagai perumahan, ini adalah kerana selain kemas dan cantik, semua bau yang tidak menyenangkan tidak sewenang - wenangnya tersebar ke kawasan sekitar ( ini adalah kerana saya memelihara button quail ini dalam pejabat saya di Shah Alam )
  
     Di atas adalah sebuah akuarium yang saya jadikan sebagai 'banglow' button quail saya, di dalamnya tinggal seekor puyuh jantan yang berpoligami :) iaitu bersama 2 ekor puyuh betina. Seekor daripadanya adalah baka silver yang mempunyai waarna bulu seakan perak.
 
     Akuarium tersebut saya beli bersama penutupnya dengan harga RM 115.  Penutupnya adalah plastik dan mempunyai lampu panjang build-in.  Sudah semestinyalah akuarium ni untuk memelihara ikan, tetapi saya jer yang letak puyuh dalam tu.  Dengan adanya akuarium saya beli pula habuk kayu yang selalu orang pakai untuk hamster tu sebagai bedding.  Dengan menggunakan habuk kayu ni, kaki puyuh taklah asyik terpijak najis sendiri.  Kebaikkan menggunakan habuk kayu juga adalah cepat mengeringkan najis dan sebagai medium mandian kering puyuh menggantikan pasir atau tanah.
 
     Seterunya saya letak tongkol kayu hanyut yang juga saya beli dengan harga RM 7 di pets shop. Kayu ni untuk puyuh tu bertenggek pada waktu malam atau masa rehatnya. Namun begitu kalau anda rasa dapat cari kayu hanyut ni kat sungai-sungai juga boleh digunakan.  Lagi jimat tak perlu keluar duit.
 
     Bekas air saya beli jugak, yang ini special skit sebab boleh isi air banyak dan design nyapun comel.  RM 9 untuk bekas air tersebut.  Manakala bekas makanan cuma pakai bekas container plastik kecil dan nipis.  Tudungnya saya potongkan lubang supaya jadi lips agar makanan tak tercampak keluar semasa puyuh mematuk.
 
     Untuk memantau suhu dalam banglow mereka saya gunakan digital termometer berharga RM 28.  Disebabkan tubuhnya yang kecil, puyuh tidak dapat menjana suhu badannya dengan cepat jika kesejukan dan mungkin mengakibatkan kemurungan dan seterusnya mati.  Oleh itu, suhu perlu dikawal supaya tidak terlalu sejuk.  Puyuh saya sentiasa berada pada suhu sekitar 27 - 28 darjah C.
 
     Saya juga ada membeli Auto Food Dispenser yang berfungsi mengeluarkan makanan secara berjadual kepada button quail saya.  Selalunya saya akan melaraskannya untuk memberi makan puyuh 6 kali sehari ( pelarasan maksima ) sewaktu hujung minggu, semasa saya outstation dan semasa balik kampung kerana saya tiada di pejabat.
 
 

kayu.jpg

Kayu hanyut dan habuk kayu bedding.

bekasair.jpg

Bekas air untuk bekalan 3 minggu.

bekasmakan.jpg

Bekas makanan anti-sepah.

termometerb.jpg

Termometer digital untuk memantau suhu.

autofood.jpg

Auto Food Dispenser ni saya beli dengan harga RM45.  Berguna apabila outstation atau balik kampung.  Mesin ini dapat beri makan puyuh maksima 6 kali dalam sehari. 

hosted by Ahmad Nizam Bin Yaacob