HALAMAN UTAMA | APA ITU INCUBATOR ? | TENTANG KAMI | SENARAI HARGA INCUBATOR | MANUAL FORCED-AIR INCUBATOR (BARU) | AUTOMATIC FORCED-AIR INCUBATOR (BARU) | JAMINAN ( WARRANTY ) | ALAT GANTI | TEMPAHAN ONLINE | GALERI | DIGITAL THERMOSTAT | PANDUAN PENGGUNA | PROFIL SAYA

Anizam Agro Farm Enterprise - Pembuat Incubator Sejak 1996

Anda Pelawat Yang ke :

anizamtanint.jpg

Selamat Datang ke Website 

Anizam Agro Farm Enterprise !

Salam sejahtera kepada pengunjung website ini.

    Terima kasih kerana melawat halaman ini, kepada yang telah membuat pembelian, saya harap anda akan terus menyokong saya.  Saya akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan anda dalam menerima tempahan produk ini pada harga yang berpatutan.

    Di Barat, incubator telah menjadi sebahagian dari penternak, mereka menggunakan incubator bagi melancarkan sistem produktiviti ladang mereka.  Namun begitu, kos sebuah incubator di Barat adalah sangat tinggi ditambah pula dengan kos penghantaran ke Malaysia yang melebihi harga produk itu sendiri.  Jarak yang jauh juga menyukarkan lagi perhubungan penjual dan pembeli, disebabkan itulah saya muncul dengan memperkenalkan incubator keluaran tempatan berdasarkan kajian dan eksperimen selama lebih 15 tahun dalam bidang penetasan ini ( Kajian dimulakan dari tahun 1996 ). 

    Produk Forced-Air Incubator buatan saya adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia yang dihasilkan dari bahan plastik yang ringan, kukuh dan tahan lama. Halaman dibina khas untuk pengusaha ternakan unggas seperti ayam, puyuh dan sebagainya. 

    Produk buatan saya mengutamakan penternak-penternak yang masih baru dalam dunia ternakan atau kepada penternak-penternak kecil-kecilan.  Ini kerana jarang terdapat incubator komersial yang bersaiz kecil yang mana lengkap dengan jaminan dan manual penggunaan yang formal.  Kebanyakannya hanya dibina dan dijual tanpa diiringi dengan khidmat nasihat yang betul, lalu mendorong kepada kegagalan penetasan kepada pengusaha yang masih baru dalam arena ini.  Perkara seperti ini akan mematikan semangat penternak tersebut. 

    Jaminan selama 3 bulan dari tarikh pembelian diberikan kepada pelanggan saya.  Ini adalah penting kerana pelanggan akan merasa selamat apabila membuat pembelian tanpa perlu bimbang alatan tidak berfungsi dengan baik memandangkan penghantaran dibuat secara courier ke alamat pelanggan.

    Pelanggan-pelanggan saya setakat ini adalah terdiri daripada penternak-penternak ayam, itik, puyuh, ayam belanda, ayam api-api dan jenis burung yang lain dari seluruh negara Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.  Sekarang, tempahan juga telah dibuka untuk pasaran Brunei, Indonesia dan Singapura.  Lokasi pendalaman tidak pernah menjadi masalah kepada penghantaran produk kami, semuanya adalah untuk memberi peluang kepada penternak bergiat cergas dalam bidang penternakan menggunakan teknologi terkini.

    Incubator keluaran saya telah terjual hampir 500 unit iaitu dari November 2007 - Disember 2012. Perkembangan yang menggalakkan ini memberikan saya semangat untuk meneruskan kerja-kerja menaiktaraf produk tersebut supaya dapat memenuhi kehendak para pelanggan yang saya hormati.

    Pelbagai usaha dijalankan termasuklah kajian dan ujian dijalankan ke atas produk ini bagi mencari jalan penyelesaian yang berkesan ke atas masalah para penternak kecil dan sederhana di seluruh Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Produk saya dibekalkan dengan Manual Lengkap Penggunaan dan Panduan Troubleshooting !!  Tidak ketinggalan juga khidmat nasihat selepas jualan akan diberikan mengikut keperluan pelanggan dan yang paling penting jaminan 3 bulan diberikan.
 
Sila hubungi saya di 012-5245002 ( En . Nizam ).
 
Saya sekarang di :
 
KAMPUNG BUKIT NAGA, JALAN BUKIT KEMUNING, 40470 SHAH ALAM, SELANGOR.

dscn4673.jpg

Produk yang telah siap akan di masukkan ke dalam kotak bagi tujuan penghantaran ke seluruh Malaysia.

dscn4674.jpg

Produk yang telah dibungkus dengan kemas bagi mengelakkan sebarang kerosakan semasa kerja-kerja penghantaran.

anizamtanimap1.jpg

Sila Klik Peta Ke Anizamtani Enterprise

Manual Forced-Air Incubator AT-100M

1dmi.jpg

2dmi.jpg

Model manual dengan kapasiti / muatan telur sebanyak 100 biji telur ayam, juga boleh memuatkan hampir 300 biji telur puyuh. Operasi alihan telur secara serentak dengan penggunaan tray telur yang boleh dioperasikan dari luar incubator tanpa perlu membuka incubator. Menggunakan termostat digital yang terkenal dengan ketepatan kawalan suhu sehingga 0.1 darjah Celcius dengan termometer digital terbina di dalamnya, kipas penghembus yang tahan lembapan dan suhu serta lampu pemanas 15 watt yang tahan lama dan berkualiti.
Harga Terbaru :
RM550.00

Automatic Forced-Air Incubator AT-100A
1dai.jpg

2dai.jpg

3dai.jpg

Model automatik dengan kapasiti / muatan telur sebanyak 100 biji telur ayam, juga boleh memuatkan hampir 300 biji telur puyuh. Operasi alihan telur secara automatik dengan menggunakan pemasangan motor dengan daya kilas yang tinggi dan berkualiti. Menggunakan termostat digital yang terkenal dengan ketepatan kawalan suhu sehingga 0.1 darjah Celcius dengan termometer digital terbina di dalamnya, kipas penghembus yang tahan lembapan dan suhu serta lampu pemanas 15 watt yang tahan lama dan berkualiti.
 
HARGA :
RM 1000.00

PENGHANTARAN PERCUMA SELURUH NEGARA MALAYSIA !!

TEMPAHAN TANPA DEPOSIT !!

1dai.jpg

2dai.jpg

KINI DENGAN PENGHANTARAN PERCUMA KE SELURUH MALAYSIA !
 
Automatic Forced-Air Incubator Dengan Digital Thermostat
 
    Jika anda tiada kesempatan untuk memutarkan telur kerana kesibukan tugasan harian atau bimbang pengeraman tidak menjadi akibat terlupa memutarkan telur dalam incubator anda, Automatic Forced-Air Incubator amat sesuai untuk anda, incubator ini dihasilkan dengan ciri-ciri pemutar telur automatik yang berfungsi memutarkan telur secara automatik.  Baca lagi...

1dmi.jpg

2dmi.jpg

Forced-Air Incubator Dengan Digital Thermostat
 
    Forced-Air Incubator adalah produk terlaris kami, ciri-cirinya yang unik seperti ringan, tahan lasak dan mudah digunakan tidak terdapat pada incubator lain di Malaysia.  Pengalihan telur secara manual dipermudahkan dengan penggunaan rak pemutar telur menjadikan kerja memutarkan telur sangat mudah iaitu hanya dengan.... Baca lagi...
.
.

wh7016e.jpg

    Termostat adalah ibarat jantung kepada sesebuah incubator, tanpanya sebuah incubator yang cantik dan besar sekalipun tidak dapat berfungsi dengan sempurna.  Oleh itu, model dan jenis termostat perlulah dipilih dengan teliti untuk dipasang pada incubator anda..... Baca lagi....

 
 
 
 

TATACARA TEMPAHAN DAN PEMBELIAN PRODUK KAMI
 
1. SMS NAMA, ALAMAT PENUH DAN MODEL YANG INGIN DIBELI.
 
2. TUNGGU TEMPAHAN SIAP IAITU ANTARA 3-14 HARI.
 
3. PELANGGAN DIHUBUNGI APABILA TEMPAHAN TELAH SIAP.
 
4. PELANGGAN PERLU BANK-IN BAYARAN KE AKAUN SAYA.
 
5. INCUBATOR AKAN DIHANTAR MENGGUNAKAN COURIER
    ( MENGAMBIL MASA 3-7 HARI BEKERJA )
 
6. PELANGGAN SMS SAYA SETELAH TERIMA BARANG.
 

.
.
Hantarkan sebarang komen atau soalan kepada
kami menggunakan borang di bawah.

Full name:
Email address:
Comment: