Make your own free website on Tripod.com
HALAMAN UTAMA | APA ITU INCUBATOR ? | TENTANG KAMI | SENARAI HARGA INCUBATOR | MANUAL FORCED-AIR INCUBATOR (BARU) | AUTOMATIC FORCED-AIR INCUBATOR (BARU) | JAMINAN ( WARRANTY ) | ALAT GANTI | TEMPAHAN ONLINE | GALERI | DIGITAL THERMOSTAT | PANDUAN PENGGUNA | PROFIL SAYA

Anizam Agro Farm Enterprise - Pembuat Incubator Sejak 1996

PROFIL SAYA
 
Berikut adalah sedikit sebanyak berkenaan diri saya.

anizamtanint.jpg

Assalamulaikum & Salam Sejahtera !!

Kerja-kerja merekabentuk adalah satu tugas yang unik dan mengasyikkan. Bagi diri saya, kerja sebegini adalah sangat mencabar. Mental dan fizikal bergerak seiring dalam menghasilkan produk yang boleh diketengahkan kepada umum.  Malaysia merupakan sebuah negara membangun, kerana itulah kita perlu cuba memastikan pasaran kita dipenuhi produk-produk anak jati Malaysia. Sebenarnya rakyat Malaysia boleh dan berupaya, namun begitu sikap acuh tak acuh telah membelenggu anak-anak muda pada zaman ini kerana telah terdapat produk dari luar yang boleh digunakan, ini membuatkan mereka merasakan tidak perlu untuk menyumbangkan idea kerana apa yang diperlukan telah ada.  Fahaman ini silap sama sekali, manusia perlu 'bermula' jika ingin mencapai sesuatu, dan permulaan yang baik adalah dari asas, jika tiada asas yang kukuh, tiadalah hasil yang membanggakan. Saya merasa kagum dan bangga melihat para petani, penternak dan nelayan Melayu yang bangkit dari 'tidur' dan berjuang merebut tempat di pasaran Malaysia.  Jika sejak dari merdeka nenek moyang kita berusaha sebegini, nescaya tiadalah istilah 'Melayu malas' dan 'anak subsidi'. Namun, walaupun keberanian itu lambat datang, tetapi masih belum terlewat, Syabas saya ucapkan kepada rakan petani, penternak dan nelayan juga semua peniaga bumiputera yang menyahut cabaran ini. Buktikan Melayu Hebat !!!

Sedikit Berkenaan Diri Saya.
 
NAMA                          : AHMAD NIZAM BIN YAACOB
 
UMUR                          : 35 THN
 
ALAMAT                      : KG BUKIT NAGA, SHAH ALAM, SELANGOR.
 
STATUS                      : BERKAHWIN
 
ASAL                          : ALOR SETAR, KEDAH
 
Pendidikan Awal           : SK Alor Janggus, Alor Setar, Kedah          (1985-1990)
                                   : SMK Alor Janggus, Alor Setar, Kedah       (1991-1993)
                                   : SMV Alor Setar, Kedah                            (1994-1995)
 
Pendidikan Lanjutan     : POLITEKNIK KOTA BHARU, KELANTAN   (1996-1999)
                                    (Diploma Mekanikal Automotif )
 
                                  : UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA        (2000-2003)
                                    (Ijazah Sarjana Muda Mekanikal Automotif )
 
Pengalaman Kerja        : PERWAJA STEEL BHD                           (2004-2005)
                                  : INS. LATIHAN PERINDUSTRIAN MIRI        (2006-2008)
                                  : ADTEC SHAH ALAM                                (2009 -      )
                                  : Saya juga pernah membuka ladang ayam
                                    kampung dan ayam pedaging semasa bertugas di
                                    Perwaja Steel Bhd.
 
HOBI                          : MEREKABENTUK, KAJIAN PENTERNAKAN,
                                    MEMANCING DAN MENTERNAK.
 
Saya telah mula menternak seawal usia 10 tahun di mana ketika itu saya tinggal di rumah kampung di Alor Setar, ayam dan itik telah sebati dalam jiwa saya sehingga ke hari ini, urusan jual beli ayam dan itik kepada peraih Cina di kampung ketika itu membuatkan saya terfikir, kenapa harus Cina yang jadi pemborong/org tengah ? Kenapa tidak Melayu ? Kita bela ayam penat-penat, tp mereka ambil untung atas angin. Tetapi cetusan minda seorang kanak-kanak ketika itu tidaklah sampai ke mana. Persoalan itu dibiarkan begitu sahaja.
    Menjelang sekolah menengah, saya sudah ada perniagaan sendiri, iaitu menjual ayam kampung dan telur ayam kampung.  Memang lumayan, saya mampu membantu ekonomi keluarga hasil dari pendapatan tersebut.  Ternakan saya tidaklah banyak ketika itu, paling banyak pun hanya mencecah 200 ekor induk (tidak termasuk anak ayam). Saya tidak pernah menghadiri mana-mana kursus penternakan ketika itu, namun begitu berkat semangat suka mencuba dan mengkaji, hasilnya sangat hebat. Setelah melanjutkan pelajaran ke Kelantan, saya berpeluang mempelajari selok-belok mesin penetasan. Ketika itu mesin penetasan digunakan secara meluas di sana untuk tujuan penetasan telur ayam serama dan kapan. Dan saya juga sempat memulakan perniagaan ayam serama selama 2 tahun. Alhamdulillah, rezeki mencurah-curah.  Secara sambilan saya juga menerima tempahan mesin penetasan model plywood yang popular ketika itu.  Bermula dari tahun 1996 saya membekalkan mesin tersebut sehinggalah ke tahun 2006.  Namun begitu bermula  tahun 2007, saya telah cuba membolos diri ke perniagaan internet, ketika itulah rekabentuk mesin perlu diubah bagi menyesuaikannya untuk penghantaran secara courier dan terhasillah model plastik yang saya ketengahkan di website ini.