HALAMAN UTAMA | APA ITU INCUBATOR ? | TENTANG KAMI | SENARAI HARGA INCUBATOR | MANUAL FORCED-AIR INCUBATOR (BARU) | AUTOMATIC FORCED-AIR INCUBATOR (BARU) | JAMINAN ( WARRANTY ) | ALAT GANTI | TEMPAHAN ONLINE | GALERI | DIGITAL THERMOSTAT | PANDUAN PENGGUNA | PROFIL SAYA

Anizam Agro Farm Enterprise - Pembuat Incubator Sejak 1996

APA ITU INCUBATOR ?

Berikut adalah sedikit sebanyak maklumat berkenaan Incubator / Mesin Penetasan.

Incubator adalah sebuah mesin yang direka bagi menggantikan tugas pengeraman oleh induk haiwan yang mana ia mempunyai satu sistem kawalan bagi mengawal suhu, kelembapan dan keadaan lain yang diperlukan bagi menetaskan telur haiwan tersebut.

Biasanya bagi telur unggas seperti spesis burung ( ayam, itik dsb ), suhu yang di gunakan adalah sekitar 38 – 40oC dalam tempoh pengeraman yang berbeza bagi setiap spesis.

Pada hari ini, incubator digunakan secara meluas dalam industri penternakan samada kecil, sederhana atau besar.



MENGAPA ANDA PERLU MENGGUNAKAN INCUBATOR ?


  1. Induk/ayam betina akan bertelur sepanjang tahun tanpa perlu melalui tempoh pengeraman, ini akan menambah kuantiti telur yang dihasilkan per tahun
  2. Kadar tumbesaran dan waktu penetasan anak ayam boleh diseragamkan, anak ayam yang menetas serentak juga dapat menjimatkan ruang didikan kerana tiada ibu ayam diperlukan, ini memudahkan proses penternakan.
  3. Kurang ancaman dari pemangsa seperti biawak, ular, monyet, musang dan sebagainya serta terlindung dari kesejukan akibat persekitaran semulajadi.
  4. Tiada ancaman pembawa penyakit seperti bakteria, kulat, hama, serangga, semut dansebagainya.
  5. Kurang risiko kerosakan telur akibat induk/ibu ayam, seperti telur pecah dipijak, dipatuk dan dimakan, mengeram ketika bulu basah, telur tidak tereram akibat saiz badan induk yang kecil, telur/sarang ditinggalkan dan sebagainya.
  6. Dapat menyelamatkan telur-telur yang ditinggalkan oleh induk/ibu ayam ketika tempoh pengeraman masih belum tamat contohnya ditinggalkan pada hari ke-15 dan sebagainya.
  7. Menjimatkan kos pembelian anak ayam hidup, kos pengeraman menggunakan incubator adalah satu kali ganda lebih rendah berbanding kos pembelian anak ayam.

 


.