Julat
kawalan suhu : -9.9 oC - 99.9 oC
Ketepatan
kawalan suhu : 0.1 oC
Voltan operasi
: 220VAC
Arus maksima
: 200MA
Suhu kendalian
: 0 oC - 50 oC
Julat
kawalan suhu operasi termostat jenis ini adalah serendah -9.9 oC manakala suhu paling tinggi yang
boleh dikendalikan atau dikesan olehnya adalah 99.9 oC membuatkan ianya sesuai untuk pelbagai kegunaan
terutamanya dalam mengawal suhu incubator. Ketepatan kawalan suhu sehingga 0.1 oC membuatkan digital thermostat jenis ini dapat
memaksimumkan kebolehan sesebuah incubator menjalankan tugasnya dengan berkesan. Suhu kendalian adalah sekitar 0 oC
- 50 oC iaitu ia dapat berfungsi dengan berkesan dalam keadaan terdedah kepada julat suhu tersebut, suhu dalam
incubator hanya akan mencapai paling tinggi 40 oC jadi tiada masalah dalam kendalian dan ketepatannya.
Memandangkan
larasan pada digital thermostat dibuat menggunakan kaedah butang, jadi masalah seperti larasan tidak tepat atau terpusing
secara tidak sengaja tidak akan berlaku. Larasan yang dibuat pada digital thermostat akan kekal sehinggalah thermostat
rosak atau disetkan semula oleh pengguna. Ini dapat menyelamatkan telur-telur di dalam incubator.
Selain
itu, digital thermostat adalah thermostat berdigit yang mana akan sentiasa mempamerkan suhu semasa dalam incubator tanpa perlu
memasang digital thermometer tambahan seperti yang berlaku pada termostat jenis manual / analog. Ini akan dapat menjimatkan
bilangan komponen di mana bilangan komponan yang banyak akan menghadapi risiko kerosakan dan penyelenggaraan yang tinggi.
Ia juga menggunakan tenaga elektrik tanpa perlu menggantikan bateri seperti digital thermometer sebelum ini.