HALAMAN UTAMA | APA ITU INCUBATOR ? | TENTANG KAMI | SENARAI HARGA INCUBATOR | MANUAL FORCED-AIR INCUBATOR (BARU) | AUTOMATIC FORCED-AIR INCUBATOR (BARU) | JAMINAN ( WARRANTY ) | ALAT GANTI | TEMPAHAN ONLINE | GALERI | DIGITAL THERMOSTAT | PANDUAN PENGGUNA | PROFIL SAYA

Anizam Agro Farm Enterprise - Pembuat Incubator Sejak 1996

MANUAL FORCED-AIR INCUBATOR (BARU)
.

digthermostat1aa.jpg

    Manual Forced-Air Incubator adalah produk terlaris kami, ciri-cirinya yang unik seperti ringan, tahan lasak dan mudah digunakan tidak terdapat pada incubator lain di Malaysia.  Pengalihan telur secara manual dipermudahkan dengan penggunaan rak pemutar telur menjadikan kerja memutarkan telur sangat mudah iaitu hanya dengan menarik tali untuk mengalihkan semua telur dalam incubator secara serentak.  Ini dapat mengelakkan kehilangan wap air dan haba dalam incubator jika kita kerap membuka incubator untuk tujuan mengalihkan telur.  Seterusnya ia juga dapat menjimatkan elektrik ! 

 

.   Manual Forced-Air Incubator adalah sejenis incubator yang beroperasi menggunakan prinsip pemanasan telur menggunakan udara bergerak atau berolak.  Ini bermakna pengaliran udara di dalam incubator adalah secara perolakan dibantu oleh kipas penghembus.  Oleh itu pengagihan suhu dalam incubator adalah lebih baik dan seragam kepada semua telur-telur yang dieram.  Ini seterusnya akan memaksimakan peratus penetasan telur-telur tersebut.

 

    Manual Forced-Air Incubator direka untuk memaksimakan penetasan di kalangan telur-telur yang cukup sifatnya dan tersenyawa dengan baik. Ia sesuai digunakan untuk menetaskan telur-telur ayam kampung, itik, puyuh, ayam belanda, ayam serama, ayam api-api, ayam serama, itik telur, itik muscovy, angsa, merak, kuang, puyuh Bobwhite, puyuh Coturnix dan merpati. 

 

    Bahan Manual Forced-Air Incubator dipilih berdasarkan kekukuhan dan ketahanan jangkamasa panjang terhadap haba dan kelembapan.  Selain kukuh dan tahan lasak, Manual Forced-Air Incubator juga ringan dan mudah dioperasikan.

 

Spesifikasi Produk :

MODEL                           : AT-100M
VOLTAGE                       : 240VAC 50/60Hz 1 phase
SIZE                               : 60cm x 45cm x 30cm
WEIGHT                         : 5 KG
HEATER BULB               : 15 WATT x 4 pieces
DIGITAL THERMOSTAT   : 240VAC/0-100 degree Celcius/PID Controller
HUMIDITY                       : 65-75 %
MATERIAL                      : ABS HEAVY DUTY INDUSTRIAL PLASTIC
CAPACITY                      : 250-300 quail eggs/100 chicken eggs/75 duck eggs/50 goose eggs
WARRANTY                   : 3 months
 
 
** Khidmat nasihat diberikan secara percuma setelah pembelian dibuat.

.

.

Keistimewaan Forced-Air Incubator keluaran syarikat kami :

 

1.   Dilengkapi dengan Pengawal Suhu Digital / Digital Thermostat dengan  

      ketepatan 0.1 darjah Celcius.

 

2.   Mempunyai kipas/blower bagi memastikan semua telur menerima haba yang

      seragam.

 

3.   Direkabentuk untuk spesis-spesis unggas biasa dan unik.

 

4.   Terbukti menetaskan telur ayam kampung, itik, ayam belanda, ayam serama,

      ayam api-api, ayam serama, itik telur, itik, muschovy, angsa, merak, kuang,

      puyuh Bobwhite, puyuh Cortunix dan merpati.

   

5.   Rak alihan telur disediakan bagi memudahkan telur dialih secara serentak.

 

6.   Tetingkap pantauan lutsinar .

 

7.   Kabinet plastik yang kukuh, ringan, mudah dibersihkan dan tahan lama.

 

8.   Mudah digunakan dan disertakan dengan Buku Manual Penggunaan yang

      lengkap.

 

9.   Khidmat nasihat selepas jualan disediakan PERCUMA.

 

10. Jaminan/waranti 3 bulan diberikan dari tarikh pembelian. Klik utk semak.

 

.

.

 

Termometer Digital untuk bacaan yang jelas, tepat dan mudah. Tidak seperti termometer alkohol biasa, termometer digital memudahkan pengguna membuat bacaan, anda tidak perlu lagi mengintai ke dalam incubator dan kadang-kadang mendapat bacaan yang salah. Kaedah digital memudahkan anda dengan nombor yang jelas dan besar !!
.

Klik di sini untuk video Forced-Air Incubator.

Rak alihan telur disediakan untuk memutarkan telur secara sekaligus dari luar tanpa perlu membuka incubator setiap kali ingin memutarkan telur. Anda hanya perlu menarik tali ke kiri dan ke kanan setiap kali ingin memutarkan telur.

Buku Manual Lengkap Penggunaan Incubator disediakan.  Antara kandungan Buku Manual ini adalah kaedah penggunaan incubator yang dibeli oleh pengguna, kaedah menyuluh telur yang betul, kaedah penjagaan anak ayam dari umur 1 hari ke 2 minggu, kaedah baikpulih incubator beserta servis dan suhu-suhu pengeraman bagi beberapa jenis unggas yang biasa diternak di Malaysia.  Buku Manual ini tidak terdapat di mana-mana kedai buku kerana ia adalah ekslusif untuk pembeli incubator dari Anizamtani Interprise.

tempoheram.jpg

Contoh Jadual Tempoh Pengeraman Bagi Unggas yang terdapat dalam buku manual.

.

 

Beli Sekarang !!

 

Penghantaran Percuma melalui courier untuk Semenanjung Malaysia

( Pelanggan dari Sabah & Sarawak sila hubungi kami untuk kos penghantaran )

 

Tiba ke destinasi tempahan dalam masa 2-3 hari bekerja.

.