Sedikit Berkenaan Diri Saya.
NAMA
: AHMAD NIZAM BIN YAACOB
UMUR :
35 THN
ALAMAT
: KG BUKIT NAGA, SHAH ALAM, SELANGOR.
STATUS
: BERKAHWIN
ASAL :
ALOR SETAR, KEDAH
Pendidikan Awal : SK Alor Janggus, Alor Setar, Kedah
(1985-1990)
: SMK Alor Janggus, Alor Setar, Kedah (1991-1993)
: SMV Alor Setar, Kedah
(1994-1995)
Pendidikan Lanjutan : POLITEKNIK KOTA BHARU, KELANTAN (1996-1999)
(Diploma Mekanikal Automotif )
: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (2000-2003)
(Ijazah Sarjana Muda Mekanikal Automotif )
Pengalaman Kerja : PERWAJA STEEL BHD
(2004-2005)
: INS. LATIHAN PERINDUSTRIAN MIRI (2006-2008)
: ADTEC SHAH ALAM
(2009 - )
: Saya juga pernah membuka ladang ayam
kampung dan ayam pedaging semasa bertugas di
Perwaja Steel Bhd.
HOBI
: MEREKABENTUK, KAJIAN PENTERNAKAN,
MEMANCING
DAN MENTERNAK.
Saya telah mula menternak seawal usia 10 tahun di mana ketika itu saya tinggal di rumah kampung di Alor Setar, ayam dan
itik telah sebati dalam jiwa saya sehingga ke hari ini, urusan jual beli ayam dan itik kepada peraih Cina di kampung ketika
itu membuatkan saya terfikir, kenapa harus Cina yang jadi pemborong/org tengah ? Kenapa tidak Melayu ? Kita bela ayam penat-penat,
tp mereka ambil untung atas angin. Tetapi cetusan minda seorang kanak-kanak ketika itu tidaklah sampai ke mana.
Persoalan itu dibiarkan begitu sahaja.
Menjelang sekolah menengah, saya sudah ada perniagaan sendiri, iaitu menjual ayam kampung dan telur
ayam kampung. Memang lumayan, saya mampu membantu ekonomi keluarga hasil dari pendapatan tersebut. Ternakan saya
tidaklah banyak ketika itu, paling banyak pun hanya mencecah 200 ekor induk (tidak termasuk anak ayam). Saya tidak pernah
menghadiri mana-mana kursus penternakan ketika itu, namun begitu berkat semangat suka mencuba dan mengkaji, hasilnya sangat
hebat. Setelah melanjutkan pelajaran ke Kelantan, saya berpeluang mempelajari selok-belok mesin penetasan. Ketika itu mesin
penetasan digunakan secara meluas di sana untuk tujuan penetasan telur ayam serama dan kapan. Dan saya juga sempat memulakan
perniagaan ayam serama selama 2 tahun. Alhamdulillah, rezeki mencurah-curah. Secara sambilan saya juga menerima tempahan
mesin penetasan model plywood yang popular ketika itu. Bermula dari tahun 1996 saya membekalkan mesin tersebut sehinggalah
ke tahun 2006. Namun begitu bermula tahun 2007, saya telah cuba membolos diri ke perniagaan internet, ketika itulah
rekabentuk mesin perlu diubah bagi menyesuaikannya untuk penghantaran secara courier dan terhasillah model plastik yang saya
ketengahkan di website ini.